
arichatamsir
5 tahun
Benjolan kat ketiak kanan
Hello.dr
Saya nak tanya sebelum ini saya tak ada benjolan diketiak saya.tapi tiba2 hari ini saya tengok ada benjolan di ketiak saya.apa itu boleh di karnakan deodorant atau macam mana dr.karna sebelum ini saya baru tukan deodorant.and saya juga suka men cukur bulu ketiak saya.menurut dr itu macam mana mengobatinya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- lymphadenitis
- hidradenitis supurativa
- folliculitis - keradangan folikel rambut
- epidermal cyst benjolan bawah kulit
Sebaiknya anda medapatkan pemeriksaan doktor untuk dilakukan pemeriksaan lanjutan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.