
Sulit
4 tahun
Benjolan kecil di dubur saya
Saya wanita umur 25 tahun sudah berkahwin. saya ada benjolan kecil di dubur tidak sakit cuma tidak selesa. Adakah saya perlu berjumpa dengan doctor? Atau adakah ubat utk menghilangkan nya? Kerana saya sangat risau. Kebelakanga. Ini saya sering makan makanan pedas.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu benjolan kecil di dubur. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti berikut:
- Buasir
- Ketuat di dubur
- Skin tag (lebihan kulit)
- Jangkitan virus Molluscum contagiosum
- Kanser
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.