
Sulit
4 tahun
Benjolan kecil di tengkuk
Saya remaja perempuan berusia 17 tahun… saya mendapati terdapat benjolan kecil di tengkuk saya sejak 4 bulan lalu… selepas sebulan benjolan itu muncul, terdapat benjolan baru yang muncul di belakang telinga… saya dapati benjolan tersebut keras dan sukar digerakkan… adakah itu petanda kanser?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan selamat pagi, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, benjolan yang terdapat pada leher anda boleh disebabkan:
- Kista (cyst) - kista mempunyai berbagai jenis seperti “sebaceous cyst”, “thyroglossal cyst”
- Bengkak nod limfa - akibat jangkitan kuman atau pun limfoma
- Lipoma - gumpalan tisu lemak
- Kalenjar tiroid - boleh membengkak akibat hiper atau hipotiroid
- Abses atau nanah dari jangkitan
Pihak kami percaya, doktor tersebut telahpun melalukan pemeriksaan pada diri anda dengan prosedur yang sepatutnya berdasarkan keperluan kepada masalah yang anda hadapi.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.