
Sulit
3 tahun
Benjolan kecil pada buah zakar
Saya lelaki berusia 20an merasa senak sehingga bahagian belakang badan (pinggang) dan bahagian bawah perut apabila saya menekan benjolan kecil di bahagian epidermis pada buah zakar kanan saya semasa melakukan pemeriksaan fizikal. Apakah punca dan rawatan yang sepatutnya saya lakukan atas faktor kerisauan dan tidak selesa saya takut untuk bertemu doktor.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami anda mengalami kebenjolan pada testis sebelah kanan yang menyebabkan perasaan senak pada bahagian pinggang dan bawah perut semasa melakukan pemeriksaan fizikal. Kami akan cuba membantu anda.
Antara punca masalah anda adalah :
- Sista
- Varicocele
- Hydrocele
- Epididymitis
- Kanser testis
Kami tidak dapat membentuk diagnosis yang tepat untuk anda tanpa pemeriksaan dan ujian tambahan. Oleh itu, saranan kami untuk anda adalah untuk merujuk kepada doktor supaya dapat mengenal pasti punca dan seterusnya mendapatkan rawatan yang tepat. Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.