Sulit
5 tahun
Benjolan kecil seperti guli di bawah rahang kanan
Saya ada anak berumur 4 tahun yang mengalami benjolan di bawah rahang kanan dan saya baru perasan kelmarin petang…ank sya ada gejala selsema dan lebih kurang dalam 5 hari tetapi tidak teruk…demam dalam 3 hari tetapi suhunya tidak mencapai pada suhu yang tinggi…apakah penyebab benjolan itu timbul kerana benda ini sangat merisaukan saya…terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Nod limfa bengkak
Trauma
Sista
Lipoma
Sebaceous cyst
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan terhadap benjolan tersebut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
































