
Anonymous
4 tahun
Benjolan Keras di abdomen Bawah Rusuk Kiri
Sy wanita, 42 tahun, sexually not active, telah “mengikat” salur fallopian selepas melahirkan pada tahun 2008.
Sejak March 2019, sy perasan benjolan ini apabila secara tak sengaja tertekan dgn jari dibhgn tersebut. Ia kadang2 rasa sakit bila di tekan. Kadang2 tidak sakit. Keadaan perut sy normal, tidak membuncit. Buang air besar dan air kecil juga lawas.
Sy baru didiagnos menghadapi darah tinggi apabila pada 7 April 2019 dan sedang mengambil ubat captopril 25mg. Pada tarikh tersebut, sy telah mengalami pening kepala dgn pandangan yg seakan berpusing2, mual, muntah dan berpeluh-peluh.
Sebelum ini, pd Jan/Feb 2019 sy pernah demam dan hasil ujian darah mengatakan saya kurang darah merah lalu dibekalkan dengan pil zat besi.
Saya mengalami haid selama 14 hari semenjak kelahiran tahun 2008, dan haid saya adalah tetap. Sebelum ‘diikat’ haid saya hanya 7 hari. Saya tidak mengalami senggugut sepanjang tempoh haid.
Terima kasih. Saya harap penjelasan doktor dapat membantu saya membina kekuatan untuk sy dapatkan bantuan pakar.

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Saya akan cuba menjawab soalan yang diajukan oleh anda.Berdasarkan apa yang anda ceritakan di atas simptom - simptom seperti pening kepala , mual dan kepala berpusing pusing boleh disebabkan oleh kurang sel darah merah dan sebagainya.
Terdapat beberapa punca yang menyumbang kepada benjolan di abdomen sebelah kiri.Antaranya ialah:
Endometriosis adalah kelainan dimana jaringan endometrium yang seharusnya ada di rahim (uterus) tumbuh di luar uterus.
Femoral Hernia dan sebagainya
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.