
Sulit
4 tahun
Benjolan keras di metacarpal
Sy berumur 21 tahun, dalam lima hari yang lepas, di belakang telapak tangan sy mula rasa ada rasa timbulan keras di bahagian meta carpal seperti tulang, bila sy bengkokkan tangan, timbulan itu kelihatan lebih jelas, di bahagian tu rasa sakit urat, tangan sy juga rasa tegang bila nak genggam. Adakah ini normal? Apa solusinya ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Kami memerlukan maklumat lanjut mengenai benjolan tersebut seperti warna benjolan, pergerakan benjolan apabila dipicit dan gejala yang berkaitan seperti gatal, pendarahan dan sebagainya. Kami juga memerlukan sejarah trauma dilokasi benjolan, sejarah gigitan serangga dan macam-macam lagi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh struktur di bahagian metacarpal. Antaranya:
- Benjolan Tisu Lemak Lipoma
- Benjolan Tisu fiber Dermatofibroma
- Benjolan Tulang Carpometacarpal bossing
- Epidermal cyst (Kulit)
- Ganglion
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.