
Sulit
3 tahun
Benjolan keras di sebelah tulang
Hi doctor,lately nie sy perasan dibahagian sebelah tulang keying kaki sy ada satu benjolan keras dan tidak rasa sakit tp apabila ditekan terasa sakit sedikit.apabila kaki diluruskan benjolan sedikit muncul dan bila kaki dibengkokkan benjolan sedikit ke dalam. Boleh sy tahu benjolan ini bahaya atau tidak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi pihak kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami faham bahawa anda risau akan benjolan keras di sebelah tulang kering yang anda alami ketika ini. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Secara umum, benjolan keras selain tulang lazimnya dapat dikaitkan dengan beberapa penjelasan, seperti:
- Bisul
- Pembengkakan
Akan tetapi, ia juga boleh disebabkan oleh kondisi yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor, termasuk:
- Lipoma
- Kista
- Jangkitan kuman
- Ketumbuhan
Anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.