
farahoneym48
4 tahun
Benjolan ketiak kanan
Saya wanita berusia 23 tahun telah mengalami benjolan bawah ketiak sejak berumur 15 tahun. Mula-mula benjolan tersebut kecil seperti biji benih sahaja dan makin lama dia membesar dan size benjolan tersebut tetap sehingga sekarang, ketiak saya kelihatan berlemak dek kerana benjolan tersebut. Benjolan tersebut tidaklah sakit bila disentuh dan lembut sahaja. Apakah yang perlu saya lakukan atau adakah ia merbahaya untuk kesihatan saya pada masa jangka yg panjang?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya hal ini.Antaranya ialah:
- Infeksi
- Lipoma – kumpulan sel sel lemak
- Fibroadenoma
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!