Najib

5 tahun

Benjolan merah di ketiak selepas demam

Saya demam selama 3 hari. Lepas demam sye bru perasaan ada benjolan merah dan sakit di ketiak sebelah kiri… Kalau tangan bergerak pun rasa sakit. Apakah menyebabnya? Apakah perlu saya buat?

Salam sejahtera dan terima kasih untuk persoalaan anda. Terdapat banyak sebab anda boleh mendapat benjolan di ketiak.

Berdasarkan simptom-simptom yang anda adukan, nampaknya seperti ia infeksi bakteria akut. Pada pendapat saya, anda mendapat abses di ketiak kiri anda. Abses ini boleh tumbuh di mana-mana sahaja tetapi, lebih biasa terjadi di ketiak, sekitar anus dan vagina. Supaya para pembaca lebih faham, biar saya cuba terangkan dengan lebih jelas. Sebenarnya, apabila terdapat infeksi, badan kita akan cuba mengawal infeksi tersebut dengan menghantar sel darah putih ke tempat infeksi tersebut. Sel darah putih ini akan menyerang bakteria dan semasa proses in berlaku, beberapa jaringan di sekitarnya akan mati dan meninggalkan lubang berisi nanah.

Saya berpendapat yang anda harus berjumpa dengan doktor supaya anda boleh tahu dengan pasti apakah sebabnya. Doktor akan bertanya beberapa soalan secara lebih terperinci, membuat permeriksaan fizikal dan membuat ujian saringan darah untuk anda jika perlu. Rawatan untuk benjol di ketiak ini berbeza berdasarkan puncanya. Jika betul benjol itu adalah abses, doktor akan memberi anda antibiotik dan bergantung kepada saiz abses tersebut, mungkin akan mengeluarkan nanah dengan menggunakan jarum atau membuat percikan kecil di kulit.

Selain daripada itu, nasihat saya adalah untuk berjaga-jaga apabila mencukur bulu ketiak dan selalu memastikan ketiak anda kering dan bersih untuk menghindari jangkitan kuman. Kami di sini mengharapkan yang terbaik untuk anda.

Dr Ilias,

5 tahun

Hai, terima kasih atas pertanyaan tersebut.

Terdapat pelbagai sebab benjolan pada ketiak. Benjolan tersebut selalunya merupakan kalenjar limfa yang bengkak akibat jangkitan pada struktur sekitarnya, jangkitan sistemik atau masalah lain seperti kanser. Namun begitu, ia juga boleh terjadi akibat jangkitan pada struktur kulit seperti jangkitan pada folikel rambut. Selain jangkitan sistemik, jangkitan pada struktur lokal boleh menyebabkan demam, menunjukkan kuman telah merebak ke dalam darah. Selain jangkitan, masalah yang melibatkan struktur ketiak itu sendiri seperti masalah “cyst” pada kulit contohnya “epidermoid cyst”.

Dapatkan nasihat doktor segera sekiranya anda turut mengalami simtom seperti:

  • Benjolan menjadi lebih besar dan sakit
  • Berlaku penurunan berat badan yang ketara dalam tempoh yang singkat
  • Muncul benjolan pada kawasan lain
  • Keluar cecair yang berbau dari benjolan tersebut

Bagi memastikan apakah masalah yang anda hadapi dan puncanya, berjumpa doktor adalah langkah yang terbaik. Selain soalan seperti di atas, anda juga akan diperiksa terutamanya pada benjolan tersebut. Anda juga akan menjalani ujian darah sekiranya perlu.
Rawatan untuk masalah ini bergantung kepada puncanya. Antibiotik yang diambil secara makan atau sapuan pada kawasan benjolan selalunya diberikan untuk merawatan jangkitan. Ubat untuk menyurutkan bengkak juga akan diberikan sekiranya perlu. Sesetengah masalah yang memerlukan pembedahan, akan dirujuk kepada pakar bedah.

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Salam. Terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan kenyataan anda, anda mengalami keradangan ataupun jangkitan pada benjolan tersebut kerana benjolan itu merah dan sakit (tanda-tanda utama keradangan). Benjolan yang anda nyatakan boleh disebabkan oleh beberapa jenis penyakit seperti berikut:

  • Kelenjar limfa yang membesar akibat jangkitan seperti penyakit tibi ataupun jangkitan di sebarang luka yang anda mungkin ada di bahagian lengan dan dada. Kelenjar limfa membesar kerana mereka memainkan peranan dalam mempertahankan badan kita daripada jangkitan kuman.
  • Jangkitan yang berlaku pada struktur kulit, seperti folliculitis yang menyebar menjadi bisol atau jangkitan pada sebaceous cyst. Struktur-struktur di kulit senang dijangkit kerana kulit terdedah kepada pelbagai jenis kuman. Jangkitan ini kerap berlaku dalam kalangan pesakit diabetes kerana sistem imun mereka kurang memuaskan.
  • Kelenjar limfa yang membesar akibat kanser seperti kanser payudara, kanser paru-paru dan limfoma. Sel-sel kanser boleh menyebar ke kelenjar limfa dan menyebabkannya membesar.

Kesemua penyakit ini mungkin menyebabkan demam anda. Jikalau anda sihat sebelum ini dan tidak mempunyai simptom lain, saya berpendapat bahawa anda berkemungkinan besar mempunyai jangkitan di struktur kulit. Antara rawatan yang mungkin diberi oleh doktor anda termasuklah ubat antibiotik dan ubat salap. Jika keadaan sukar dikawal, doktor anda mungkin menasihatkan anda untuk menjalani pembedahan seperti incision and drainage (I&D) untuk mengeluarkan nanah atau sisa-sisa jangkitan jikanya ada.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (102)