
Sulit
4 tahun
Benjolan pada bawah perut sebelah kanan
Saya wanita berumur 31 tahun. Saya sudah berkahwin dan baru keguguran 2 minggu yang lepas. Usia kandungan saya 12 minggu. Pada hari ni, saya telah mengalami sakit pada bahagian bawah perut sebelah kanan dan terasa sakit ketika membuang air kecil. Saya juga telah menekan bawah perut sebelah kanan dan mendapati terdapat benjolan pada bahagian tersebut. Ia terasa sangat sakit terutama ketika batuk atau bersin. Apakah yang perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Radang folikel bulu roma
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Hernia
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.