
Sulit
4 tahun
Benjolan pada collarbone kiri
Saya wanita yg berusia 22 tahun… Sejak seminggu Lepas,saya Ada benjolan pada collarbone kiri…Saya pn tk tau knp sebab saya tkda sebarang kecederaan pd bahagian tersebut…Benjolan itu agak keras,Dan apabila disentuh sedikit mmg sakit…Bergerak pn terasa sakitnya… Namun begitu,benjolan itu tidak kemerahan.Boleh saya tahu apakah yg menyebabkan situasi ini berlaku,Dr??

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Pertama sekali, kita harus benar-benar mengenalpasti struktur benjolan tersebut samada ia melibatkan tulang, lemak, otot, kulit dan sebagainya. Hal ini kerana setiap struktur merujuk kepada penyakit yang berbeza serta tahap keterukan penyakit yang berbeza. Untuk makluman pihak anda terdapat beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan masalah bengkak tersebut, antaranya:
- Benjolan tisu fiber atau lemak di bawak kulit
- Radang atau jangkitan di bawah lapisan kulit yang mungkin bernanah
- Radang otot
- Kecederaan pada tulang dada
- Masalah pada organ di bahagian dada
Apa yang saya boleh katakan disini, anda perlu mendapatkan pemeriksaan doktor lebih-lebih lagi anda turut berasa sakit pada lokasi berkenaan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.