Sulit
2 tahun
Benjolan pada kemaluan saya
Saya lelaki 20 tahun. Saya dapati ada benjolan pada kemaluan saya. Muncul selepas saya bersunat. Warna seperti warna kulit. Tidak sakit bila disentuh. Apakah yang perlu saya lakukan dan klinik manakah yang boleh saya pergi untuk membuat pemeriksaan di area selangor dan kl?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Dengan hanya menyatakan benjolan di zakar sahaja, ia tidak cukup untuk memberi gambaran sifat / masalah kulit yang sedang anda hadapi ini. Adalah sebaiknya anda menjelaskan lanjut seperti warna, sudah berapa lama timbul, lokasi spesifik, bilangan benjolan dan sebagainya. Secara umum, masalah kulit yang bersifat seperti jerawat atau bisul di bahagian kemaluan boleh jadi sebabkan oleh banyak penyakit seperti:
- Akibat alahan terhadap sabun atau pakaian dalam
- Kelainan kulit seperti skin tag
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Masalah kulit seperti benjolan nanah, jerawat ataupun cyst
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.