
Sulit
4 tahun
Benjolan pada kulit yang semakin membesar. Dari saiz tahi lalat ke saiz sebiji kacang merah
Terdapat 1 benjolan kecil berbentuk bujur memanjang berwarna coklat kemerahan pada kulit di dada saya yang mula muncul 2 tahun lepas. Saya sangka hanya tahi lalat tapi saiznya semakin membesar. Dari sebesar tahi lalat biasa menjadi 1cm (panjang) 0.5cm (lebar), 0.4cm (tinggi dari kulit) dalam masa setahun. Setahun kemudian ia semakin membesar ke 1.5cm (panjang). Ianya tidak menyakitkan atau gatal, hanya sedikit sakit jika ditekan. masih boleh rasa sentuhan seperti kulit biasa jika sentuh pada permukaannya. Apakah benjolan itu dan perlukah saya mendapatkan pemeriksaan/rawatan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, gejala benjolan kecil berwarna coklat yang anda alami mungkin boleh disebabkan oleh penyakit kulit yang melibatkan ketumbuhan jinak pada kawasan tersebut. Ketumbuhan jinak ini selalu bercirikan seperti tahi lalat dan juga akan bertumbuh pada kadar yang pantas. Ketumbuhan ini mempunyai beberapa jenis iaitu:
- Nevus (Mole)
- Melanoma
- Cherry angioma (salur darah)
- Dermatofibroma
- Acitinic keratoses
- Seborrheic keratoses
- Acrochordon (kulit lebihan)
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Ketumbuhan jinak kulit selalunya akan berbentuk seperti tahi lalat dan berwarna gelap seperti hitam atau coklat yang dikenali sebagai hyperpigmentation. Anda juga harus pantau sekiranya ketumbuhan tersebut mempunyai gejala ulser atau luka kerana perkara ini boleh menjadi salah satu kanser kulit. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda dengan kadar segera bagi mendapatkan rawatan yang sesuai untuk masalah yang anda hadapi. Sementara itu, kami nasihatkan anda agar untuk menjaga kebersihan kawasan kulit tersebut bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman yang mudah terdedah.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.