
Sulit
4 tahun
Benjolan pada lubang vagina
Apabila dlm keadaan mencangkung ketika kencing, jari sy tidak dapat masuk dalam lubang vagina kerana ada benjolan yg menutupi lubang vagina. Adakah servis di klinik boleh periksa keadaan lubang vagina sy?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, benjolan dalam kemaluan anda boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Selaput dara (hymen)
- Ketumbuhan polip
- Sista (cyst) seperti “Bartholian cyst”
- Ketuat akibat jangkitan virus HPV
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.