
Sulit
4 tahun
Benjolan pada telinga
Salam sejahtera,
Saya wanita 22 tahun. Terdapat benjolan berukuran bermula 1cm dan seperti semakin membesar 2-3cm pada area ‘Tragus’. Sakit apabila ditekan dan mula berasa tidak selesa dan rasa panas pada kawasan tersebut selepas 2-3 hari.
Apakah punca atau penyebab dan apakah yang perlu saya lakukan?
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah benjolan pada telinga yang semakin membesar pada kawasan tragus seperti yang anda nyatakan di atas. Untuk makluman anda, gejala benjolan ini pada biasanya adalah perkara yang tidak serius dan tidak perlu dibimbangkan atas pengaruh terhadap kesihatan anda. Namun, terdapat beberapa penjelasan yang boleh dikaitkan dengan gejala yang anda hadapi iaitu:
- Ketumbuhan jerawat atau sista ( Sebaccous cysts )
- Ketumbuhan lipoma
- Jangkitan kuman bakteria seperti Staphyloccoccus aureus yang menyebabkan ketumbuhan bisul. Selalunya ia bercirikan mengeluarkan lendiran nanah.
- Ketumbuhan keloid, ia adalah disebabkan oleh luka yang sembuh
- Seborrheic keratosis , salah satu ketumbuhan prakanser
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Sementara itu, kami sarankan anda agar tidak menggangu benjolan tersebut serta menjaga kebersihan muka atau pada kawasan telinga bagi mengelakkan iritasi atau perebakan jangkitan yang mungkin terdapat pada benjolan tersebut. Sekiranya anda mengalami keruaman, kesakitan, atau juga penumbuhan ulser, sila berjumpa dengan doktor anda dengan kadar segara agar menerima rawatan yang sewajarnya untuk masalah anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.