
Sulit
4 tahun
Benjolan selepas bisul pecah
Selamat sejahtera doctor,
Sy nk tnya… Sy umur 24…masa umur 17 sy pnah naik bisul dekat kemaluan sy belah kiri… Lepas tu umur 19 dia naik pulak belah kanan… Masa dh elok yg belah kanan tu… Tiba2 bibir kemaluan sy yg belah kiri ni dia naik benjol kecik sikit dri bola ping pong… Tp tk sakit… Rse biasa je… Cuma dia besar sebelah… Smpi la skrg dia still ade… Sy pnah tnya doc kt klinik… Dia kata tu tisu bhgian tu tkjut sbb pnah naik bisul… So dia jd mcm tu… as long as tk sakit… So tk jd mslh… Tp sy risau la… Tkpe ke jd mcm tu? Tkpe ke dia besar sblah? Sy nk pergi cek mak sy pulak tkut… Jdnya sy tk tau nk buat mcm mne😅

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah benjolan yang terdapat pada kemaluan anda, selepas mengalami bisul-bisul seperti yang anda perihalkan. Untuk makluman anda, kami tidak pasti mengenai gejala benjolan yang anda hadapi kerana terdapat pelbagai siasatan lanjut yang perlu dilakukan mengenai sejarah kesihatan anda dan juga mengenai khususnya benjolan tersebut.
Masalah benjolan yang anda hadapi sebelum ini seperti bisul mungkin adalah disebabkan oleh Bartholin Cyst , iaitu ketumbuhan sista pada kelenjar bahagian bibir kelamin. Ketumbuhan sista ini boleh disebabkan oleh jangkitan kuman pada bahagian kelamin yang boleh menyebabkan keradangan dan penghasilan cecair nanah pada kelenjar tersebut.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Kami juga berpendapat bahawa masalah benjolan yang anda alami pada masa kini mungkin adalah ketumbuhan seperti Lipoma, Vulva fibroma, ataupun sista yang telah menjadi tisu parut. Namun, kami lebih sarankan anda untuk mengemukakan perkara ini kepada doktor pakar sakit puan yang boleh memberi pendapat yang lebih tepat. Sementara itu, kami sarankan anda untuk memantau perubahan pada benjolan tersebut yang memerlukan perhatian oleh doktor seperti:
- Keradangan
- Penumbuhan mendadak
- Perubahan warna kulit benjolan tersebut
- Masalah haid atau pembuangan air kencing.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.