
azeemazraei23
4 tahun
Bentuk testis tidak sekata
salam saya lelaki berumur 19 tahun saya perasan ketika saya mandi bentuk testis saya tidak sekata tetapi apabila saya memegang testis saya tak rasa sakit dan tiada ketulan2 , ataupon masalah pada skrotum? apa petanda tu doctor?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Untuk pengetahuan anda, struktur testis seorang lelaki lazimnya memang tidak simetri (sama kiri dan kanan). Walau bagaimanapun kelainan yang terlalu ketara boleh disebabkan oleh
- Perubahan sementara organ kelamin (jika tidak sakit)
- Varikosele
- Hydrocoele
- atau gangguan testikel yang lain
Justeru untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan kelamin anda, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Urologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.