
Sulit
5 tahun
Berak berdarah dan pedih di dubur
saya ibu berumur 24 tahun. pertama kali dalam hidup saya berak berdarah. sebelum ni hanya rasa pedih bila berak, taoi kali ni rasa pedih sekali ada darah keluar sekali semasa berak. malam sebelum nya saya ada sakit perut yang teruk hingga tak boleh tidur juga menyebabkan sakit kepala. apa yang perlu saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Buasir
- masalah darah seperti kurang pembeku darah
- masalah radang usus (Inflammatory bowel disease)
- Keracunan makanan
- mengambil ubat-ubatan pencair darah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.