Sulit
2 tahun
Berak berdarah seperti ketulan
Saya wanita yang berumur 22 tahun masalah yang saya alami sejak ni adalah selalu berak darah dan keluar darah yang agak banyak dalam masa yang sama darah tu seperti ketulan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang najis berdarah.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, biasanya berak berdarah tidak disebabkan oleh makanan pedas, tetapi makanan pedas boleh membawa kepada masalah penyakit penghadaman yang lain dan penyakit tersebut akan menyebabkan berak berdarah. Berak berdarah adalah tanda kepada salah satu penyakit di bawah:
- Buasir: Buasir juga dikenali dengan nama ‘haemorrhoids’. Buasir berlaku apabila terdapat luka pada lubang dubur. Perkara ini boleh berlaku kepada mereka yang mempunyai sejarah sembelit untuk tempoh yang lama. Buasir boleh dikesan dengan memeriksa dubur jika terdapat benjolan yang licin. Selain itu, seseorang itu juga akan berasa sakit dan gatal pada lubang dubur.
- Keradangan Perut : Dinding pada permukaan perut boleh mengalami kleradangan sekiranya makan makanan yang pedas terlalu banyak, minum alkohol atau merokok.
- Divertikulum"diverticular disease": Masalah divertikulum adalah terbentuknya lubang atau poket dalam usus. Masalah ini berserta dengan masalah sembelit akan menyebabkan pendarahan yang segar atau pun berketul. Ini juga merupakan suatu permasalahan besar yang sering dihadapi oleh warga emas.
- Kanser usus/”colorectal cancer” . Dengar sahaja perkataan kanser atau barah pastinya timbulnya rasa bimbang kerana seperti yang diketahui ramai, kanser sukar diubati. Kanser usus besar merupakan kanser ketiga paling tinggi dideritai oleh rakyat Malaysia. Pesakit kanser ini akan mengadu mereka mempunyai masalah membuang air besar kerana sembelit dan kadangkala mengalami cirit-birit.
- Sembelit"constipation" : Sembelit berterusan boleh mengakibatkan masalah lain yang seperti ‘anal fissure’. Ini merupakan masalah yang agak kronik dan pesakit harus segera mendapatkan rawatan. Hal ini kerana masalah ini boleh mengakibatkan pendarahan ketika proses membuang air besar yang akan menyebabkan terjadinya masalah berak berdarah. Masalah ini juga mengakibatkan kesakitan.
- "Inflammatory bowel disease" : Selain itu, masalah radang usus boleh menyebabkan masalah berak berdarah. Ini juga akan mengakibatkan cirit-birit yang bercampur darah. Masalah radang usus harus diselesaikan dengan segera supaya masalah ini tidak mendatangkan komplikasi serius.
Selain itu, sekiranya anda mengalami gejala di bawah disamping berak berdarah, sila berjumpa dengan doktor:
- Rasa ingin pitam/pengsan
- Rasa sesak nafas
- Kekeliruan/gangguan mental
- Muntah-muntah
- Dehidrasi - kurang buang air kecil adalah tanda serius dehidrasi
Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah anda hari ini.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.