
zsiti9052
5 tahun
Berak berwarna hijau
Saya wanita berumur 49 tahun menyedari baru2 ini saya membuang air besar berwarna hijau . Apakah ia berkaitan dgn usus ?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda warna najis biasanya dipengaruhi oleh pemakanan kita. Sekiranya anda telah makan banyak sayur-sayuran hijau, adalah biasa untuk najis anda berwarna hijau.
Sila rujuk doktor jika anda mengalami gejala lain seperti:
- Cirit-birit
- Sakit perut
- Kencing berwarna gelap
- Kulit dan mata kekuningan
- Muntah-muntah
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!