
Sulit
3 tahun
Berak dalam seluar tanpa disedari
Adik saya berusia 8 tahun sering berak dalam seluar tanpa disedari. Apakah punca tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Menurut penerangan anda, adik anda yang berusia sering mengalami masalah membuang air besar tanpa disedari. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah adik anda dinamakan sebagai ‘fecal incontinence’, ia bermaksud kesukaran mengawal pengerakan usus. Ia boleh disebabkan oleh banyak perkara seperti :
- Masalah sembelit
- Cirit-birit
- Masalah saraf
- Masalah otot
- Hirschsprung’s disease
- Spina bifida
Ini adalah secara umum mengenai punca masalah adik anda. Untuk mendapatkan diagnosis yang tepat, adik anda perlu dirujuk kepada doktor pakar kanak-kanak untuk menyiasat punca masalah tersebut dan mendapatkan rawatan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.