Sulit
3 tahun
Berak darah yg sudah terbiasa
salam,sya brumur 24 tahun dan sudah brkahwin.tiada anak.suri rumah fulltime. dikesempatan ini,sya ingin brtnya mgenai proses mbuang air besar sya.sya mula berak brdarah smasa di skolah rendah tp jrg jrg skali.msalah itu kmbali brlaku 2/3 tahun slepas itu dan shingga skrg.lately,sya mgalaminya scara terus menerus.sya tidak berasa sakit smasa mbuang.kdg kala sja sembelit.berak 2/3 hari skali.darah merah pekat dan turun brsama najis juga menitik.darah kluar bnyk.kdg kala lebih bnyk brbnding najis.untuk info, stiap kali terasa ingin mbuang, sya tidak terus ke toilet sbaliknya biarkan btul2 yakin nak berak. ini kerana dlu sya kerap skali “trmenung saja” di toilet.sakit perot mcm nak berak,bila nk teran takda apa kluar.sya hrap doktor dpat beri sdikit jwapan mgenai msalah sya. trima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Buasir
- Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
- Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
- Rectal ulser
- Masalah pendarahan
- Kanser usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.