
Sulit
4 tahun
Berak keluar ketulan darah bersama lendir
saya wanita berusia 20 tahun. tadi saya sdg buang air kecil tiba2 lendir berserta darah ketulan halus.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Namun, kami memerlukan maklumat yang lebih jelas daripada anda mengenai gejala ketulan darah yang keluar itu samada ketika anda membuang air kecil ataupun buang air besar (berak). Bagaimanapun, merujuk kepada keterangan anda di ruangan soalan, gejala keluarnya lendir dan darah semasa membuang air kecil boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Jangkitan salur kencing atau urinary tract infection
- Karang dalam saluran kencing
- Radang organ pelvis ( pelvic inflammatory diseases )
- Kanser serviks atau rahim
Anda dinasihatkan segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala ini:
- Demam
- Sakit dan kerap membuang air kencing
- Pitam
- Sakit perut
- Sakit dada
- Sukar bernafas
Untuk mengetahui punca masalah ini, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Justeru, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor secara langsung bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Terima kasih.