Sulit
3 tahun
Berak & kencing berdarah serta sakit belakang terasa panas
Saya berumur 20 tahun mengalami berak dan kencing berdarah secara tiba tiba dan pening kepala yg dialami membawa terus panas dalam dan sakit pinggang belakang ( terasa lenguh dan panas ) . Saya trlah mengalami migrain dan tonsil.sebelum ni hanya berak berdarah. Tapi semelm membawa kepada benda lain
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, antara penyebab kencing berdarah ialah:
- Jangkitan kuman dalam saluran kencing
- Masalah batu karang
- Masalah prostat bagi lelaki
- Penyakit buah pinggang
- Masalah pembekuan darah
Untuk masalah berak berdarah pula, boleh disebabkan:
- Buasir
- Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
- Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
- Rectal ulser
- Masalah pendarahan
- Kanser usus
Saya sarankan untuk anda, segera ke klinik dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya kerana berak dan kencing berdarah bukanlah perkara yang normal. Pemeriksaan lebih lanjut perlu dilakukan sebelum mendapat diagnosis yang lebih tepat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.