
freslynn1996
5 tahun
Berak kerap( warna kuning) dan berketul2 hijau
Anak sy 10bulan sejak kebelakangan ini selalu mengalami perut kembung dan kurang selera makan. Dia sangat aktif dan tiada sebarang tanda2 sakit. Tetapi bila membuang air besar, nampak seperti sakit perut (wrna kuning) dan ada ketulan2 kuning yg sedikit liat jika ditekan. Dan bila ketulan2 tu hancur di dlm ada sesuatu bwrna hijau seolah2 urat2 kecil bwrna hijau. Dalam sehari anak sy akan buang air besar lbh kerap dr kebiasaannya. Adakah ini sesuatu yg perlu sy risau kan? Atau hal ini adalah normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, agak sukar untuk menentukan apakah kekerapan buang air besar bayi anda ini normal atau tidak sekiranya anda tidak menghitung kekerapan bayi anda buang air besar dalam sehari.
Merujuk kepada ciri najis yang dijelaskan, warna najis bayi biasanya tergantung kepada makanan yang diberikan. Warna najis bayi yang kuning biasanya sinonim dengan bayi yang mendapatkan susu ibu mahupun susu formula. Sementara itu, warna hijau biasanya datang dari makanan seperti sayur dan kekacang. Sebaiknya ibu kenalpasti terlebih apakah ada memberikan makanan yang berwarna hijau.
Sebagai tips tambahan, sebaiknya anda membawa bayi anda untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan doktor sekiranya terjadi gejala-gejala seperti berikut, yaitu:
- najis yang cair berair
- najis yang terlalu kerasa seperti batu
- darah dalam najis
- najis berlendir seperti hingus
- najis putih
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.