Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor bertauliah | |
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia | |
Privasi Terjamin | |
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak | |
Pantas Dan Cekap | |
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara |
Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli
Saya bertanya bagi pihak isteri saya. Isteri saya ada kencing manis dan kena makan ubat remicron 30mg.Berapa biji sehari isteri saya kena makan ubat ini. Arahan untuk makan pada sampul ubat yang diberi oleh doktor klinik kesihatan telah hilang. Harap Tuan dapat menerangkan berapa biji ubat ini boleh dimakan pada setiap hari. Sebiji atau dua biji sehari.
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Sebagai pengetahuan awal, setiap ubat mempunyai kaedah dan dos yang telah ditetapkan oleh doktor yang merawat. Setiap pesakit mempunyai ciri-ciri yang berbeza sehingga dos ubat dan kaedah rawatan boleh jadi sedikit berbeza diantara satu sama yang lain. Maka saya mencadangkan agar pihak anda bertemu dan bertanyakan kembali kepada doktor atau klinik yang merawat anda.
Namun secara umumnya Remicron MR 30mg perlu dimakan sebanyak 1 biji sehari pada jam yang sama (i.e. pukul 10 pagi) setiap hari.
Seperti yang dijelaskan, ini merupakan keterangan am sahaja. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih komprehensif perlu dilakukan terlebih dahulu. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Masih ragu-ragudengan penjelasan diatas? Endocrinologist kami sedia membantu.