Sulit
5 tahun
Berapa lama datang haid selepas suntikan depo
Saya wanita berusia 27tahun,saya ingin bertanya biasanya berapa lama kah Tempoh datang haid selepas suntikan depo? Dan hari ke berapa saya boleh solat? Terima kasih…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, suntikan depo boleh memberi kesan sampingan seperti berikut:
- kitaran haid tidak teratur
- haid berlebihan
- haid berpanjangan
- emosi tidak stabil
Pada awal suntikan anda mungkin mengalami haid tidak teratur namun ia akan kembali normal tidak lama kemudian. Tempoh haid adalah bergantung pada individu kerana anda mungkin akan kembali haid pada tempoh yang anda sering hadapi atau anda mengalami kesan sampingan tersebut.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































