
Sulit
4 tahun
Berapa lama hormon HCG bebas dari badan selepas keguguran
hai Dr, sy telah keguguran sebulan yg lepas secara semula jadi dan tanpa D&C, setelah seminggu sy buat ujian upt ianya -ve, adakah badan sy telah bebas dari hormon HCG? kebiasaan bg wanita yang mengalami keguguran akan lewat dtg period dan sy telah hadapinya sekarang, tapi bila buat ujian upt beberapa kali ia +ve adakah normal. Thank You.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan hormon beta hCG dapat dikesani melalui UPT sehingga 2 minggu setelah keguguran.
Untuk keterangan tambahan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.