
Sulit
5 tahun
Berapa lama kesan mencegah Postinor 2
saya sda berkahwin dn berumur 39 tahn saya mau bertanya sekiranya selepas bersetubuh sya menelan postinor 2 bji sekaligus dn selepas 4 jam kemudian saya bersama semula dgn suami sya, adakah saya perlu makan pil postinor lagi.?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, dianggarkan bahawa Postinor akan menghalang 85% kehamilan yang diharapkan. 95% kehamilan yang dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Justeru, sekiranya anda telah mengambil Postinor, ia hanya berfungsi mencegah kehamilan untuk hubungan seksual yang berlaku sebelum pengambilan pil. Bukan setelah. Postinor hanyalah pil perancang kecemasan yang bermaksud ia hanya boleh digunakan satu kali sahaja dalam satu kitaran haid. Sekiranya anda aktif secara seksual, anda digalakkan untuk menggunakan teknik perancangan keluarga seperti suntikan perancang atau pil perancang 21/28 hari.
Untuk info tambahan, anda boleh klik pada link(DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian sekiranya puan ingin mengetahui lebih lanjut tentang perancang keluarga lain. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.