
Anonymous
4 tahun
Berapa lama masa diambil untuk hamil setelah berhenti suntikan depo
Saya seorang ibu anak 1 berumur 21tahun…
sekarang saya sudah hampir 3tahun ambil suntikan depo…sekiranya saya ingin hamil lagi pada 23tahun(2021) …
Bila masa yang sesuai untuk saya berhenti suntikan dan berapa lama masa yg akan diambil untuk saya kembali subur dan boleh hamil kembali?
*Sebelum hamil anak pertama kitaran period teratur dan selepas mengamal suntikan depo langsung tiada period dah 3tahun.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan puan, suntikan Depo-Provera mula berfungsi sebagai kawalan kelahiran dengan segera selepas suntikan pertama, jika anda mendapatkannya dalam tempoh 5 hari pertama dalam haid anda.
Suntikan Depo-Provera berfungsi selama 12 hingga 14 minggu (3 bulan). Tempoh masa kesuburan kembali selepas berhenti depo berbeza mengikut individu. Ia boleh mengambil masa 4 bulan sampai setahun. Jika kesuburan tidak kembali atau anda mengalami kesukaran untuk mendapatkan anak selepas satu tahun mencuba, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor pakar kesuburan untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.