
Sulit
4 tahun
Berapa lama untuk sy buat swab kedua? Boleh ke kalau buat swab hari keempat kuarantin doktor? Sebab satu family saya positive jadi sy perlukan result segera
Hi doktor, sy contact rapat pesakit covid. First swab test (10/1/21) saya negative. Hari keberapa sy perlu buat swab yg kedua? Boleh ke kalau sy buat lagi swab hari keempat quarantine?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda terutama pada musim pandemik ini. Untuk maklumat anda, swab kedua kebiasaannya akan dibuat penghujung kuarantin, iaitu pada hari ke-12 atau ke-13 kuarantin. Saranan kami adalah anda perlu meneruskan kuarantin dan kurangkan kontak bersama dengan ahli keluarga pada masa ini.
Kami sarankan anda untuk menghubungi pihak kesihatan terlebih dahulu untuk memastikan bilakah waktu untuk membuat ujian swab kedua.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Sila pantau keadaan anda buat masa ini dan segera menghubungi pihak kesihatan atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) untuk tindakan selanjutnya.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Jika anda masih mempunyai keraguan, anda juga boleh menghubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam daripada doktor kami. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini