
Sulit
5 tahun
Berapa lamakah tonsil bengkak ambil masa untuk lega?
Berapa lama tonsil bengkak ambil masa utk lega? Saya kumur dgn air garam sehari 2 kali. Selera makan saya pun kurang sbb terlampauu sakit. Saya patut banyak minum air suam atau air sejuk? ir sejuk?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah tonsil bengkak boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, jangkitan bakteria ataupun keradangan tonsil. Bergantung kepada individu dan jangkitan yang dialami, pembengkakan tonsil mengambil masa dalam masa 5 hari ke beberapa minggu untuk surut. Jika ianya disebabkan oleh jangkitan bakteria dan anda telah makan ubat anti-biotic, maka tonsil tersebut akan surut dengan lebih cepat dan jika ianya adalah disebabkan oleh jangkitan virus, ia bergantung kepada badan anda sendiri melawan jangkitan tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.