
Sulit
4 tahun
Berapa normal gula darah
Dokter sya wanita berumur 48 tahun, saya ingin menanya kan gula darah normal itu berapa ya, ketika hamil gula darah saya 7.01,setelah melahir kan, sekarang jadi 5.0

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Untuk makluman anda, berdasarkan bacaan gula yang anda terangkan, bacaan tersebut adalah normal. Bacaan gula normal terbahagi kepada dua iaitu bacaan ketika berpuasa dan tidak berpuasa. Bagi gula ketika berpuasa bacaan normal adalah di bawah 7mmol/L, dan bacaan ketika tidak berpuasa dikira normal di bawah 11 mmol/L.
Bacaan gula dalam darah boleh berbeza bergantung kepada pelbagai faktor seperti jenis makanan yang diambil, aktiviti yang dilakukan serta tahap metabolisma seseorang. Tambahan lagi, terdapat juga keadaan di mana gula darah seseorang wanita hamil akan meningkat akibat dari perubahan badan dan hormon sepanjang proses kehamilan, namun anda tidak perlu bimbang sekiranya perubahan tersebut hanya sementara dan tidak mendatangkan apa-apa gejala.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca, risiko dan rawatan kencing manis, sila rujuk kepada doktor secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih