Sulit

3 tahun

Berapakah keberkesanan ECG untuk mengetahui jika ada masalah jantung?

Sebulan lepas, jantung saya terasa laju. Tp sy tak pasti samaada saya terasa laju atau disebabkan panic attack atau sebagainya. Saya telah pergi ke klinik berdekatan. Doktor check, dan mengatakan jantung, paru-paru semua okay. Dan sy mintak menjalani pemeriksaan ECG. Dan result NORMAL. Adakah saya patut risau lagi doktor ? Sebab mindset saya, kadang terfikir sakit mcm tanda awal sakit jantung. Tempat tu akan terasa sakit. Bila dibiarkan, sakit pun tak terasa. Saya cuma risau, sy ada masalah panic attack atau anxiety.

Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.

Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, ECG merupakan salah satu pemeriksaan yang dilakukan bagi membantu menetapkan suatu diagnosis setelah pemeriksaan fizikal yang dijalankan oleh doktor. Mengenai sakit dada yang anda alami, kami memerlukan maklumat lanjut daripada anda sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Bagaimanapun, secara umum, antara gejala yang paling biasa berlaku ialah sakit dada yang terjadi secara tiba-tiba. Sakit ini selalunya dirasai di tengah-tengah dada dan bersifat menekan.

  • Sakit ini juga mungkin merebak ke :
    • lengan kiri
    • leher
    • rahang
    • kerongkang
    • belakang
    • bahagian atas perut
  • Ada juga yang merasai ketegangan atau cuma ketidakselesaan di dada.
  • Selain sakit dada , seseorang yang mengalami serangan jantung juga mungkin merasai:
    • kesesakan nafas
    • pening kepala
    • kelesuan
    • loya
    • muntah
  • Ada juga pesakit yang berpeluh-peluh dan mengalami sensasi jantung berdebar-debar semasa serangan. Sesetengah pesakit merasai keresahan yang agak teruk semasa serangan.

Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami sakit yang berlarutan, sesak nafas dan juga berpeluh yang banyak. Anda boleh memberikan aduan ini kepada doktor termasuk sejarah kesihatan anda dan juga sejarah penyakit jantung keluarga jika ada.

Akan tetapi, kami tidak menolak kemungkinan bahawa sakit dada boleh disebabkan penyebab lain selain sakit jantung, antaranya:

  • Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
  • Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
  • Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
  • Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
  • gangguan emosi -keresahan

Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.

Untuk info secara mendalam tentang hal ini, sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi

image

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)