Sulit
6 tahun
Berasa Ketidakselesaan dibahagian testis
Halo saya berumur 18 maaf kerana keterangan saya tadi kurang jelas.Berkenaan penyakit yang saya alami ini adalah berasa ketidakselesaan di bahagian testis iaitu berasa senak di testis.Ketidakselesaan ini berlakunya dua hari yg lalu,ia berasa senak dan kadang kadang terasa mual.Keesokkan harinya rasa ketidakselesaan di testis saya tidak macam kelmarinnya ia berasa kurang senak tetapi masih ada berasa mual.Dan hari ini rasa ketidakselesaan di testis saya lagi berkurang berbanding dua hari lepas dan sudah tidak terasa mual.Adakah saya masih perlu membuat pemeriksaan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit testis atau buah zakar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- testicular torsion - buah zakar berbelit
- epididymitis - keradangan tiub yang membawa sperma
- orchitis - akibat jangkitan virus atau bakteria
Merujuk kepada kes anda, seandainya anda berasa sakit di testis yang tiba-tiba kemudian hilang seperti yang anda keluhkan, sebaiknya anda mendapatkan konsultasi dan pemeriksaan doktor untuk diberikan rawatan lanjut. Dikhuatiri apa yang terjadi sewaktu anda berasa sakit adalah bahawa buah zakar sedang terbelit. Sebaiknya anda merujuk doktor sebagai langkah berhati hati kerana testis adalah tempat sperma diproduksi dan masalah di daerah ini dapat mempengaruhi kesuburan anda di masa hadapan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































