
Sulit
4 tahun
Berasa loya selepas makan
Assalamualaikum doktor , saya seorang perempuan remaja yang berumur 17 tahun . Saya kerap berasa loya selepas makan dan terkadang membuatkan saya rasa hilang selera untuk makan . Saya juga terkadang rasa sejuk seperti ingin demam dan panas dalam tapi saya tidak demam . Boleh saya tahu adakah ini normal atau ada sebarang penyakit yang saya tidak tahu ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Waalaikumussalam, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi. Berdasarkan kenyataan anda, berikut merupakan antara sebab-sebab mengapa anda mengalami gejala sedemikian:
- Pedih ulu hati atau GERD
- Ulser gastrik
- Gastritis
- Penyakit hempedu
- Food intolerance; di mana badan anda tidak dapat menerima sesetengah jenis makanan
- Keracunan makanan
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda perlu berjumpa dengan doktor supaya puncanya dapat dicari dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala berikut:
- Demam
- Muntah
- Cirit-birit
- Sakit perut and loya mengganggu aktiviti harian
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.