
Sulit
4 tahun
Berasa pening & hampir pitam
Sayang wanita berumur 21 tahun dan setiap kali saya makan saya akan mula berasa pening atau mahu pitam. Adakah perkara ini normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai/Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami/atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, kami kurang jelas mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Untuk pengetahuan anda, adalah tidak normal untuk berasa pening atau mahu pitam sekiranya anda makan kerana ia meningkatkan gula di dalam darah dan tenaga anda.
Namun begitu,terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah pening dan pitam, seperti:
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam darah)
- Tekanan darah rendah (hipotensi)
- Anemia (kurang darah merah)
- Ketidakseimbangan elektrolit di dalam badan (electrolyte imbalance)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.