
Sulit
4 tahun
Berasa pening kepala setelah bangun dari pembaringan
Saya remaja 15 tahun perempuan, saya selalu mengalami pening kepala yang amat kerap apabila saya bangun dari baring atau pun ketika melakukan sesuatu… Pening kepala ini selalunga mengakibatkan saya terhuyang hayang ketika berjalan… Hidung saya juga akan berdarah sekiranya saya berjalan dibawah panas… Tangan saya juga akan mengigil apabila saya melakukan sesuatu pekerjaan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Tekanan darah rendah
- Anemia (kurang sel darah merah)
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam darah)
- Rehat yang tidak mencukupi
- Vertigo
- Migrain
- Masalah saraf atau otak
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit dan pening kepala anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Anda harus merujuk perkara ini kepada doktor untuk diperiksa. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.