Sulit
6 tahun
Berasa tidak nyaman atau sedikit berasa senak di testis
Saya lelaki yg berumur 18 dan saya ingin bertanya tentang apakah penyebab yg membuat testis saya berasa senak dan kadang ii terasa mual
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang dialami anda boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti:
- Pemakaian seluar dalam yang ketat
- Senaman yang terlalu berat - senaman yang melibatkan pergerakan kaki mahupun kesan pada perut
- Angin pasang (hernia)
- Hidrosele - kumpulan cecair dalam testis
- Varikosele - saluran darah dalam testis membengkak
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































