Sulit
3 tahun
Berat badan cepat Naik
Sy julie umur 42 berat badan tampah period Tak dtg dua bulan stress
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera Julie. Terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami memahami kerisauan terhadap keadaan anda di mana berat anda naik dan haid anda lewat.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk maklumat anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian:
- Berat badan; Kenaikan berat badan dapat mengubah kitaran haid anda
- Sindrom polisistik ovari (polycystic ovarian syndrome/PCOS)
- Hipertiroid atau hipotiroid
- Ketidakseimbangan hormon di dalam badan
- Gaya hidup: Stres, tekanan di tempat kerja, jadual kerja yang padat
Ini adalah pandangan kami secara umum mengapa anda mungkin mengalami keadaan sedemikian. Namun begitu, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara peribadi bersama doktor kami di atas talian. Terima kasih.