
Sulit
4 tahun
Berat badan makin menurun
Suami saya mengadu dekat saya berat badan dia semakin menurun dari bulan 3 haritu. Dari berat dia 70 kg, sekarang jadi 40kg. Macam-macam dah saya usaha bagi dia makan macam-macam untuk naikan berat badannya tetapi masih turun juga.Dia juga cakap nafsu makan dia mulai berkurang. Sering merasa letih walaupun cukup tidur. Saya ada sarankan suami saya untuk pergi check kesihatannya ke hospital tetapi dia seboleh boleh taknak pergi sebab takut terkena covid. Saya perasan suami saya dah tak ada keyakinan diri and dia selalu cakap malu tengok diri dia mcm ni. Apa yang saya mampu buat untuk bantu suami saya dokter. Saya kesian tengok dia mcm ni dokter. Tolong bantu saya dokter macam mana saya nak naikkan berat badan suami saya balik…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak puan. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak puan.
Umumnya penurunan berat badan secara drastik boleh berpunca dari pelbagai maslaah dalaman tubuh, antaranya:
- peningkatan kadar metabolisme tubuh
- ganguuan organ tiroid
- penurunan selera makan
- gangguan psikiatri (stres, depresi, dll.)
- jangkitan kuman (tuberkulosis, dll.)
- tanda-tanda keganasan atau kanser
Anda kemungkinan mempunyai kadar metabolisma yang tinggi Terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk menaikkan berat badan secara sihat seperti:
- meningkatkan pengambilan makanan
- pilih makanan yang tinggi kalori dan mengandungi protein yang tinggi
- mengamalkan makanan yang seimbang
- mengamalkan senaman boleh meningkatkan selera pemakanan
- dapatkan tidur yang cukup kerana badan akan menyimpan kalori sewaktu tidur
- penggunaan produk suplemen bagi meningkatkan berat badan
Nak berat badan yang ideal? Dapatkan segera!
Dengan melakukan senarai di atas secara berterusan, anda boleh cuba menaikkan berat badan suami sedikit demi sedikit atau mengekalkan daripada terus susut.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.