Anonymous
6 tahun
Berat badan mendadak
Sy seorang ibu kpd 2 anak…sy juga seorang nurse…selepas bersalin anak kedua…sy amik kaedah suntikan sbg f/p…berat badan sy naik dgn mendadak…skrg sy perlukan pil perancang yg boleh turunkan berat badan n dpt menjarakkan kehamilan…terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, walaupun banyak wanita yang mengeluhkan berat badan bertambah setelah mengambil suntikan mahupun pil perancang, belum ada kajian yang konklusif tentang efek suntikan perancang terhadap penambahan berat badan. Justeru, sekiranya anda masih meragui, sebaiknya anda menggantikan dengan metode lain seperti kondom, diaphragm dan IUD.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































