
saufiaziz95
4 tahun
Berat Badan Tidak Normal / Metabolisma Terlalu Tinggi
Saya lelaki dewasa 26tahun yang mengalami masalah berat badan yang tidak normal (49kg - underweight) semenjak sekolah menengah lagi. Pelbagai cara telah dilakukan untuk menaikkan berat badan namun tidak berjaya. Apakah yang perlu saya lakukan untuk menaikkan berat badan secara sihat & normal? Adakah kegiatan onani juga menyebabkan berat badan sukar untuk naik?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk menaikkan berat badan secara sihat seperti:
- meningkatkan pengambilan makanan
- pilih makanan yang tinggi kalori dan mengandungi protein yang tinggi
- mengamalkan makanan yang seimbang
- mengamalkan senaman boleh meningkatkan selera pemakanan
- dapatkan tidur yang cukup kerana badan akan menyimpan kalori sewaktu tidur
Nak berat badan yang ideal? Dapatkan segera!
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Inginkan nasihat tentang metabolisma anda? Pakar kami sedia membantu