Sulit
3 tahun
Berat badan turun drastik, tangan dan badan shaking dan Nadi tinggi
Saya wanita berusia 22 an, sejak tahun lepas tangan saya mula shaking dan makin teruk hingga sekarang. Saya rasa takut untuk keluar dan berjumpa orang ramai. Berat badan saya turun drastik dari 90+ ke 60+. Denyutan nadi saya 120 tetapi hal ini saya anggap normal kerana sejak kecil lagi nadi saya tinggi.
4 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala tremor. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- stroke
- multiple sclerosis
- cedera otak
- gagal hati atau ginjal
- hipertiroid
- hipoglikemia
Penurunan berat badan anda tidak semestinya berkaitan dengan gejala tremor anda tetapi ianya boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius. Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal supaya anda boleh berunding tentang kesan sampingan ubat ubatan tersebut. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.





























