
irhamnihaziqi
6 tahun
Berat Kepala Belakang
Hi dan selamat petang dr…
Saya merupakan seorang lelaki umur 21 tahun, ingin menanyakan kepada dr berkaitan rasa berat belakang kepala saya. Adakah rasa berat kepala tersebut ada kaitan dengan Anxiety Disorder. Hal ini kerana, saya merupakan seorang penghidap General Anxiety Disorder (GAD). Selain itu, antara siptom yang lain adalah sembelit, rasa kepala tegang & pening sedikit, mual, kadang2 rasa sakit dada kiri. Pening yang saya alami tidak lah sehingga saya berpusing atau pening yang kronik. Cuma, rasa macam berat kepala sahaja. Saya juga telah melakukan pemeriksaan jantung dan dr memaklumkan yang jantung saya okay sahaja. Saya merasa risau terhadap penyakit kronik yang selalu saya fikirkan. Oleh itu, saya selalu berfikir yang rasa berat kepala yang saya alami ini berkaitan dengan penyakit kepala yang kronik. Oleh itu, saya mengharapkan jawapan dari pihak dr. Mohon pencerahan
Sekian, Terima kasih

6 tahun
Hi, salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Untuk makluman pihak tuan, sakit kepala seperti migrain dan sakit kepala jenis kronik biasa terjadi dalam pesakit yang menghidap masalah mental seperti depression dan juga anxiety disorder.
Namun begitu, simptom - simptom yang anda hidapi juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain atau kesan sampingan ubat-ubatan. Oleh itu, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat tentang masalah ini dengan lebih lanjut. Ini adalah bagi membolehkan punca masalah tersebut dikenal pasti dan dirawat dengan rawatan yang tepat.
Selain berjumpa dengan doktor yang merawat masalah Anxiety anda, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma bagi mendapatkan rundingan lanjut. Terima kasih.