
Anonymous
2 tahun
Bercak darah awal kehamilan
saya mengandung 4minggu…4hari sebelum tarikh sepatutnya saya period, ada keluar bercak darah… dn pada hri sepatutnya saya period, saya cek upt +ve… dan pada hari ni, saya dapat ada lg keluar lendir kecoklatan… adakah ini tanda ancaman keguguran

5 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap hal ini.Terdapat beberapa sebab anda mengalami pendarahan pada awal kehamilan.Antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi: Terdapat sejumlah kecil darah yang terhasil sewaktu implantasi embrio ke dinding rahim dan ia adalah sesuatu yang normal.keletihan, mual dan muntah.
- Keguguran yang terancam: Anda mungkin diberitahu bahawa anda mempunyai keguguran yang terancam jika anda mengalami pendarahan atau kekejangan di bahagian bawah abdomen.
- Kehamilan ektopik: Ini berlaku apabila telur yang telah disenyawakan tertanam di luar rahim, selalunya dalam tiub Fallopian.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.