
Sulit
5 tahun
Bercakap seperti hidung tersumbat tetapi tidak selsema
Anak sy 5 tahun,sehat,aktif,sebulan ini saya sedar dia bercakap seperti perkataan tidak jelas seolah2 hidung nya tersumbat,tidak selsema…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah percakapan seakan akan hidung tersumbat atau nasal voice boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tonsil yang membesar
- Obstructive sleep apnea
- Masalah hidung tersumbat
- Obesiti
- Masalah pembentukan tulang muka
- Masalah otak
- Acromegaly - masalah hormon pertumbuhan yang berlebihan
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.