
Anonymous
5 tahun
Berdarah ketika melakukan hubungan kelamin
saya wanita berusia 31 tahun. saya ada masalah selepas malakukan hubungan kelamin ada darah keluar. saya dah berkawin sudah 6 bulan lebih. awal2 dahulu saya anggap selaput dara yang pecah & yang itu normal bagi saya & suami. tapi pada minggu lepas, maslah yang sama berlaku selepas saya & suami melakukan hubungan kelamin. suami hairan sebab tarikh period saya dah pun berlalu. tiba2 masih keluar darah. adakah ini 1 penyakit atau normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, perdarahan selepas kali pertama berhubungan seks boleh terjadi kerana peregangan selaput dara yang juga dikenali sebagai hymen. Selaput dara adalah sejenis daging nipis yang terletak pada pembukaan faraj anda. Selaput dara anda boleh diregang buka saat kali pertama anda mengalami seks melalui faraj, yang mana tindakan ini mungkin menyebabkan kesakitan atau pendarahan.
Akan tetapi, sekiranya perdarahan masih berlaku setelah berhubungan seks kali seterusnya, boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- jangkitan
- faraj kering
- faraj luka
- ketumbuhan mulut rahim
- luka mulut rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.