
Sulit
4 tahun
Berdebar2,senak dada,abdomen rasa keras dan kerap sendawa
Saya lelaki berumur 39 tahun.masalah saya,saya kerap rasa berdebar,senak dada kiri,abdomen rasa keras dan kerap sendawa.seolah2 angin penuh dalam perut.saya juga disyaki menghidap masalah anxiety.mohon pandangan doktor tentang masalah saya ini.terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang menyebabkan anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan di ruangan soalan, seperti:
- Masalah tiroid
- Masalah jantung
- Pedih ulu hati atau GERD
- Masalah psikologi
- Polip gastrik
- Ulser gastrik
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Walaupun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah tersebut. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya kesimpulan dapat dibuat dan rawatan boleh diberikan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor pakar kami. Terima kasih.